SEJARAH

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai ditubuhkan mengambil sempena nama sebuah taman perumahan yang berhampiran iaitu Taman Desa Skudai. Alamat Penuh sekolah ini ialah SK Taman Desa Skudai, Jln Sejahtera 16, Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

Sekolah ini telah dibina di atas sebahagian tapak Lot 52999 dan 52998 di Taman Desa Skudai oleh sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Umi-Ross Project Management Sdn.Bhd. Kontraktor Reka dan Bina ialah Konsortium Kontraktor Melayu Johor Berhad.

Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan selepas mendapat pemilihan tapak pada Oktober 1999 dan dijangka siap pada 24 November 2000. Sekolah ini telah dapat disiapkan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2002.

Sekolah ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, sebuah blok akademik, blok serbaguna, bengkel, kantin, bilik agama dan persalinan, gelanggang bola keranjang, tempat letak kereta guru, tempat letak basikal, tapak perhimpunan dan pondok jaga.



Lokasi

Sekolah ini terletak di kawasan Taman Desa Skudai, Skudai. Jaraknya dari pusat bandar Johor Bahru ialah lebih kurang 17km. Ia dibina dihujung kawasan perumahan Taman Desa Skudai bersebelahan dengan Taman Universiti. Ia dikelilingi oleh kawasan perumahan banglo, rumah teres dan pangsapuri. Turut sama dibina ialah Sekolah Menengah Taman Desa Skudai yang bersebelahan dengan sekolah ini. Jalan menuju ke sekolah ini merupakan laluan utama bas awam ke Pontian dan Taman Sri Pulai. Ia juga merupakan jalan lain untuk ke Taman Universiti.

VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

BENDERA SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Maju Sekolahku SK Desa Skudai
Seindah Namamu Seikhlas Baktimu
Pendidik memimpin Putra-Putri Negara
Agar Terus Berjaya Mencapai Cita-cita Mulia
Pendidik Berbakti Ikhlas dan Rela Hati
Sentiasa Dihormati
Berilmu, Bertaqwa, Berbakti
Setulus Hati
Cita-cita sanubari
Maju Sekolahku,
SK Desa Skudai,
Maju Terus Maju
Maju Seiring Negeriku (2X)