Pada hari jumaat 27 Julai 2011, pelancaran bulan kemerdekaan telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Siti Maizom Bt. Khamis. Majlis telah diserikan dengan beberapa slot antaranya bacaan sajak dan nyanyian lagu patriotik. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh En. Mohd Kharul Zaman Bin Abdul Rahaman dan seterusnya pelancaran majlis oleh Puan Guru Besar.
Majlis tidak dapat disempurnakan pada waktu pagi berikutan hujan turun dengan lebatnya pada waktu tersebut. Majlis diteruskan di Dewan Seri Budiman, SK Taman Desa Skudai selapas jam 11 pagi. Terima kasih kepada semua murid dan guru yang menjayakan pelancaran Bulan Kemerdekaan ini. Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan kepada murid-murid.
No comments:
Post a Comment