Ujian Penilaian Sekolah Rendah telah bermula secara rasmi pada 13-15 September 2011 yang lalu. Murid-murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada kali ini seramai 97 orang di SK Taman Desa Skudai.Ibu bapa dan guru-guru memberikan tips-tips terakhir kepada murid-murid sebagai persediaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir memberikan kata-kata perangsang buat anak-anak Tahun 6 di SK Taman Desa Skudai. Semoga peperiksaan UPSR kali ini memberikan jumlah calon 5A yang ramai dan meningkatkan prestasi akademik selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan jabatan. Semoga doa dan usaha yang telah dilakukan membuahkan hasil kepada semua. InsyaAllah. SKTDS boleh...
semoga berjaya....kami mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda...
ReplyDelete