Wednesday, October 19, 2011

Lawatan Tahun 6 - Melaka

Pada 13 Oktober 2011,murid-murid telah mengikuti rombongan ke Melaka. Seramai 40 orang murid telah mengikuti program lawatan tersebut dengan diiringi oleh 4 orang guru.




Program lawatan ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Taman Desa Skudai dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR. Tempat yang dilawati dalam program ini ialah Zoo Melaka, Masjid Selat Melaka, Taming Sari, Muzium-muzium di Melaka, dan yang paling menarik sekali dalam program lawatan ini ialah menaiki ducktour (kenderaan amfibia darat dan laut) dan akhir sekali melayari sekitar sungai Melaka dengan Melaka River Cruise. Alhamdulilah, program yang dirancang ini berjalan dengan baik dan memberikan kepuasan yang tinggi kepada semua murid. Ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang sama mengiringi lawatan ini.



No comments:

Post a Comment