Tuesday, February 07, 2012

Pelancaran Program NILAM

Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Siti Maizom Binti Khamis. Program ini telah dilancarkan pada hari Khamis pada waktu pagi yang bertempat di Dewan Seri Budiman, SK Taman Desa Skudai.



Majlis pelancaran tersebut telah diacarakan oleh Pn. Norlijah Binti Mohd Arop, selaku penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Selepas majlis pelancaran, diadakan slot memperkenalkan bahan bacaan buku di pusat sumber sekolah dan penyampaian sijil penghargaan Anugerah NILAM kepada murid-murid yang telah mencapai target yang terbanyak dalam program NILAM ini. Adalah diharapkan murid-murid dapat menjadikan buku sebagai bahan ilmu untuk kecemerlangan diri dan menjayakan program NILAM di sekolah ini. Tahniah dan syabas.




1 comment: