Thursday, March 22, 2012

Pertandingan Bola Jaring MSSZ Skudai



Perlawanan Bola Jaring Peringkat Zon Skudai telah diadakan pada 21 - 23 Mac 2012 bertempat di padang SK Taman Universiti 2. SK Taman Desa Skudai telah bertemu dengan SK Taman Sutera yang menyaksikan tewas dengan jaringan yang cukup besar iaitu 0-15, manakala pada perlawanan yang kedua SK Taman Desa Skudai telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 4-1 ketika bertemu pasukan daripada SJKC Pei Hwa.


Perlawanan ketiga, sekali lagi SK Taman Desa Skudai kecundang dengan jaringan 0-11 ketika bertemu dengan pasukan SK Sungai Danga. Tahniah dan diucapkan syabas buat pemain bola jaring sekolah yang berusaha dengan bersungguh-sungguh ketika bermain. Kalah menang adat pertandingan, tahun depan boleh cuba yang terbaik lagi.


1 comment:

  1. salam..saya cikgu daripada sebuah sekolah, saya berminat untuk menganjurkan perlawanan persahabatan bersama sekolah SK desa skudai..sebagai pengalaman pertama bagi pelajar-pelajar sekolah saya kerana mereka tidak pernah bertanding dengan mana mana sekolah. Sudikah pihak SK taman desa skudai menerima?
    -segala pertimbangan amat saya harapkan..

    ReplyDelete