Sunday, May 19, 2013

Program perkhemahan Unit Uniform SK Taman Desa Skudai





Program perkhemahan Unit Uniform sekolah telah diadakan pada 18 dan 19 Mei 2013. Seramai 80 orang murid yang telah mengikuti program ini. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri murid selain membentuk interaksi bekerjasama dalam satu pasukan. Program yang telah dijalankan ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Johor (Pengakap Kelana).

Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Unit Uniform masing-masing. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini ialah membuat sandwich dalam kumpulan, pertandingan gajet antara unit uniform, permainan dalaman, ikatan dan balutan. Acara kemuncak pada malam tersebut adalah acara unggun api. Aktiviti juga diserikan dengan malam kebudayaan mengikut Unit Uniform masing-masing.

Adalah diharapkan program yang dijalankan ini dapat membentuk keyakinan dan keupayaan murid dalam penghasilan kualiti sahsiah yang unggul. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan Program Perkhemahan Unit Uniform 2013. 








No comments:

Post a Comment