Thursday, December 30, 2010
Salam..... Tahniah kepada semua guru yang telah menghadirkan diri ke Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan (Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor -Plan J). Adalah diharapkan semoga bengkel yang telah diadakan pada hari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga guru SK Taman Desa Skudai.Pelbagai bentuk soalan yang telah diajukan kepada penceramah sebagai proses pemahaman mengenai perlaksanaan Plan J yang akan dilaksanakan nanti dalam Tahun 2011. Plan J ini adalah kesinambungan daripada Headcount dan juga Audit Akademik. Diharapkan kepada guru-guru agar bersedia dengan pemantauan awal tahun nanti. Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. Shahilon B. Abd Halim di atas kesudian tuan untuk menyampaikan ceramah dan perbengkelan Plan J.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment