Buat pertamanya di SK Taman Desa Skudai telah diadakan majlis persandingan yang melibatkan dua pasangan pengantin. Untuk makluman semua majlis ini diadakan khas meraikan majlis perkahwinan En. Zaid bin Sulaiman dan pasangannya bersama-sama dengan En. Mohamad Saim Bin Rafiee dan pasangannya. Majlis ini diadakan serentak bersama dengan aktiviti ko-kurikulum kali pertama. Majlis ini telah diaturkan oleh pihak pentadbir sekolah dan ahli BKGK sekolah.
Majlis telah diserikan dengan acara paluan kompang yang meraikan pengantin dan acara menepung tawar pengantin oleh Guru Besar, barisan GPK sekolah, bekas GPK Ko-kurikulum, En. Zainuddin Kasmani dan Pn. Wan Nur Haniza. Selain itu, majlis diadakan ini dapat memperlihatkan betapa indahnya sesuatu budaya yang sedia ada di Malaysia. Murid-murid juga dapat menyaksikan peluang bersejarah ini di SK Taman Desa Skudai. Semoga kasih dan ikatan yang terbina antara kedua mempelai ini terus berpanjangan hingga ke akhir hayat nanti. Mohon maaf kerana admin baru kesempatan untuk mengetengahkan majlis yang gemilang ini.
No comments:
Post a Comment