Tuesday, February 07, 2012

Program Motivasi Tahun 6, Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru Tahun 6

Program Motivasi Tahun 6 telah diadakan pada 3 Februari 2012 bertempat di Makmal Komputer 2, SK Taman Desa Skudai. Majlis telah diacarakan oleh En. Mohd Kharul Zaman Bin Abdul Rahaman, selaku Guru Bimbingan sekolah. Program Motivasi ini bermula jam 10 pagi dan berakhir pada 12 tengahari. Program Motivasi ini telah disampaikan oleh pihak Konsultan Wow Coaching iaitu En. Halek Bin Abdul Rahman, Master Trainer, WOW Coaching. Majlis telah diisi dengan pelbagai slot menarik untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. Program Motivasi yang diadakan sungguh menarik di mana murid-murid teruja untuk berjaya dalam UPSR nanti. Adalah diharapkan dengan adanya program sedemikian ini dapat meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah ini malahan memberikan impak postif kepada kecemerlangan UPSR buat murid-murid Tahun 6.

Manakala pada 4 Februari pula diadakan majlis permuafakatan Ibu bapa dan Guru Tahun 6. Slot motivasi keibubapaan telah disampaikan oleh En Halek Bin Abdul Rahman, Master TRainer WOW Coaching. Alhamdulilah, kehadiran ibu bapa pada majlis permuafakatan ini memberangsangkan. Selepas itu, diadakan majlis perbincangan dan juga penerangan mengenai pencapaian keputusan UPSR yang lalu dan program-program yang bakal dilaksanakan nanti untuk kecemerlangan murid-murid Tahun 6 nanti. Diucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke majlis ini. Semoga anak-anak kita di sekolah ini mendapat keputusan yang terbaik dalam UPSR 2012 nanti. Syabas dan Tahniah.

No comments:

Post a Comment