Wednesday, March 07, 2012

Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan Akademik.



Majlis telah berlangsung pada 3 Mac 2012 yang lalu. Majlis kali ini dirasmikan oleh wakil YDP MPJBT, En. Mohd Saharuddin B. Mohd Jamal. Majlis perasmian telah bermula pada jam 3.30 petang. Majlis bermula dengan mesyuarat agung PIBG dan seterusnya perlantikan AJK PIBG 2012 yang baru.



Pimpinan PIBG SK Taman Desa Skudai yang baru adalah dibawah Prof. Madya Mohammad Raffe Bin Majid. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan sebagai YDP PIBG yang baru. Selepas majlis perasmian barulah diadakan majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik sesi 2011 yang lalu. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid yang mendapat anugerah kecemerlangan dalam peperiksaan dan seterusnya buat ibu bapa yang sama-sama menghadirkan diri ke majlis ini.


No comments:

Post a Comment