Tuesday, July 17, 2012

Aktiviti Senamrobik sempena Bulan Kecergasan

Pada 10 Julai 2012semalam telah berlangsung majlis pelancaran aktiviti senamrobik peringkat sekolah. Program yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada acara bulan kecergasan. Keseluruhan murid dan guru di SK Taman Desa Skudai telah mengikuti program ini yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9 pagi.





Selepas aktiviti senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini, acara diteruskan lagi dengan tayangan video kesihatan yang telah dibahagikan kepada dua tahap. Tahap 1 di Makmal Komputer 2, manakala Tahap 2 di Dewan Seri Budiman. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program senamrobik khasnya daripada SMK Taman Desa Skudai.




No comments:

Post a Comment