Tuesday, April 19, 2011

Teknik Menjawab UPSR BI dan BM

SK Taman Desa Skudai telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab yang telah diadakan pada 16 April 2011 bertempat di Makmal Komputer 2. Bengkel yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memantapkan murid-murid dalam Teknik Menjawab Soalan UPSR. Program ini turut disertai oleh Maahad Tahfiz Al-Iman Taman Universiti, semoga jalinan ukhuwwah yang terbina antara SK Taman Desa Skudai dan Maahad Tahfiz Al-Iman akan bertambah erat. Untuk makluman bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris ini telah dimulakan pada jam 8.15 pagi dan berakhir pada 10.15 pg. Terima kasih diucapkan kepada penceramah slot Bahasa Inggeris iaitu Puan Aisah Binti Tahoid. Selepas rehat majlis diteruskan dengan bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh Puan Rosziah Binti Johar, guru SK Sekudai Bt.10. Terima kasih diucapkan kepada panel penceramah yang sama-sama menjayakan program ini.Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras SK Sri Skudai yang turut sama mengaturkan program ini.Bengkel seterusnya akan berlangsung pada 30 April. Kejayaan merupakan nadi kecemerlangan sekolah kita semua. Amin....





No comments:

Post a Comment