Tuesday, April 19, 2011

Program Bersama Solivate

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hari ini sekali lagi SK Taman Desa Skudai diberi kesempatan oleh Syarikat Minuman Solivate untuk mencuba minuman tersebut. Selain itu, program yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan juga merangkumi program kempen kitar semula. Justeru itu, murid-murid boleh terlibat secara tidak langsung dengan program kitar semula, sambil minum boleh ambil botol solivate untuk dijadikan replika bangunan rumah, KLCC yang melambangkan kepada negara Malaysia. Tarikh tutup peraduan pula pada bulan September. Diharapkan murid-murid tidak akan melepaskan peluang yang sungguh bermakna ini. Terima kasih diucapkan kepada Syarikat Minuman Solivate yang sudi berkunjung ke sekolah kami dan mengagihkan minuman percuma buat kami semua. Tahun depan jemput lagi datang ke sekolah kami





No comments:

Post a Comment