Thursday, May 26, 2011

Sukantara 2011

Sukantara telah diadakan pada 20 Mei 2011 yang lepas. Setiap Rumah Sukan terlibat secara langsung bagi menjayakan dan mengumpulkan jumlah mata untuk rumah sukan masing-masing.


Acara yang telah dipertandingkan untuk sukantara pada kali ini ialah Lontar Peluru, Lompat Jauh, Lari 100m, Lompat Tinggi(mengikut kategori yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua Ketua Rumah Sukan). Manakala bagi murid Tahap 1(darjah 1 dan 2), kategori Larian 80m telah dijalankan. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Rumah Sukan(Utarid, Zuhal,Neptune dan Pluto) dan terima kasih juga kepada semua guru yang turut sama menjayakan Sukantara 2011 kali ini.Markah pungutan mata akan dimaklumkan pada masa kejohanan nanti iaitu pada 2 Julai 2011.




No comments:

Post a Comment