Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru di SK Taman Desa Skudai

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16 Mei 2011 yang lalu. Majlis yang diadakan dimulai dengan acara bacaan doa dan seterusnya bacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua Pengarah Malaysia KPM, dan Pengarah JPN Johor. Kemuncak program pada Hari Guru ini ialah pemberian hadiah daripada murid-murid.





Manakala acara sukaneka tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa. Jadi guru-guru di SK Taman Desa Skudai tidak dapat menunjukkan skil masing-masing. Bagi murid-murid pula, mereka dikehendaki menghasilkan kad ucapan yang paling kreatif sempena Hari Guru. Acara kemuncak pada waktu tengahari di mana sesi jamuan meraikan guru-guru telah diadakan pada hari tersebut. Jamuan kali ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG iaitu Dr Zuhaimy Bin Hj. Ismai dan NYDP En. Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment