Monday, September 19, 2011

Lawatan Murid Tahap Satu ke Zoo Johor

Lawatan murid Tahap Satu ke Zoo Johor telah diadakan pada 13-15 September 2011. Lawatan yang dijalankan ini merupakan program yang memasuki tahun kedua selepas kali pertama diadakan pada 2009.




Lawatan ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Ko-Kurikulum Sekolah. Seramai 81 orang murid Tahun 1,43 orang murid Tahun 2, dan sejumlah 43 orang murid Tahun 3. Murid-murid yang mengikuti lawatan ini dikenakan bayaran sebanyak RM 10 setiap orang.Proses lawatan ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari di mana murid-murid perlu mencatatkan seberapa banyak haiwan yang telah dilihat dan mengisi borang maklumat yang telah disediakan.





Lawatan ini secara keseluruhannnya telah memberikan impak penting kepada murid supaya cintakan kepada haiwan.Terima kasih kepada semua guru yang sama-sama menjayakan program lawatan sepanjang 3 hari ini.

1 comment: