Murid-murid SK Taman Desa Skudai telah mengikuti program Pelancaran Johor Bebas Asap Rokok di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 16 orang murid telah menyertai program tersebut dengan dibantu oleh guru-guru SK Taman Desa Skudai dan ibu bapa murid-murid seramai 5 orang. Murid-murid telah dibawa ke sana dengan menggunakan pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program ini telah dilancarkan oleh YB, Hj. Ghani Bin Osman, selaku Menteri Besar Johor. Program yang dianjurkan ini memberikan banyak manfaat terutamanya perluasan zon untuk tidak merokok di kawasan Hutan Bandar Mutiara Rini dan beberapa tempat lain. Adalah diharapkan program sedemikian ini memberikan impak yang besar kepada semua rakyat khususnya di Negeri Johor amnya.
No comments:
Post a Comment