Teknik menjawab Bahasa Melayu UPSR telah diadakan pada29 Mei 2012, manakala teknik menjawab Matematik telah diadakan pada 28 Mei 2012 dan Bahasa Inggeris UPSR diadakan pada 30 Mei 2012. Ketiga-tiga slot telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan guru pakar dalam subjek tersebut.
Teknik menjawab Bahasa Melayu UPSR telah disampaikan oleh En. Ahader Bin Pandi, SK Larkin 1, manakala subjek Matematik UPSR 2012 telah dikendalikan oleh En. Ramlee Bin Mohamed dan subjek Bahasa Inggeris telah dikendalikan oleh Pn. Hayati Binti Azhar Othman. Seramai 60 orang murid telah menyertai program tersebut. Adalah diharapkan murid-murid dapat memanfaatkan teknik menjawab yang telah diberikan ini.
No comments:
Post a Comment