Monday, May 02, 2011

Teknik menjawab UPSR Matematik dan Sains

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada murid SKTDS dan Sekolah agama Al-Hafiz Taman Universiti yang sudi menghadirkan diri ke Bengkel Teknik Menjawab UPSR - Matematik dan Sains. Slot bengkel teknik menjawab kali ini telah diberi ceramah oleh Pn Liyana Bt. Abdullah dari SK Infant Jesus Convent - Matematik. Manakala Slot Teknik Menjawab Sains pula disampaikan oleh En. Md Nor Bin Bunyamin (SKLP Air Tawar 4). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan pihak kami kerana sudi menyampaikan ceramah teknik menjawab kali ini. Tahniah daripada pihak sekolah untuk semua. Semoga manfaat daripada ceramah pada kali ini digunakan sepenuhnya untuk tips-tips peperiksaan.




No comments:

Post a Comment