Monday, May 16, 2011

Kempen Derma Darah Anjuran PPDJB dan HSI

Kempen Derma Darah 2011 sempena sambutan Hari Guru telah diadakan pada 12 Mei 2011 yang lalu bertempat di Plaza Angsana berdekatan dengan Booth Body Shop Kempen derma darah ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dengan diorganisasikan oleh SK Taman Desa Skudai dengan kerjasama SMK Taman Desa Skudai berserta dengan bantuan Unit Tabung Darah Hospital Sultan Ismail.




Untuk makluman, kempen ini telah berjaya melepasi sasaran beg darah yang diperlukan oleh HSI iaitu sebanyak 48 beg darah. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan orang awam yang turut sama menjayakan program derma darah ini. Tidak lupa juga Unit Tabung Darah HSI yang sama bertungkus lumus menjayakan program kali ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment