Saturday, May 07, 2011

Kem Motivasi Tahun 6, Kem Kepimpinan

SK Taman Desa Skudai telah mengadakan aktiviti Kem Motivasi Tahun 6 dan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Kelas yang bertempat di Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian. Seramai 83 orang murid Tahun 6 dan 23 orang murid Tahun 4 dan 5 yang telah dipilih untuk menyertai Kem Kepimpinan ini. Kem yang diadakan ini bermula dari 4-6 Mei 2011 selama 3 hari dua malam. Pihak sekolah merakamkan ribuan penghargaan kepada semua murid yang telah menjayakan aktiviti di Kem Kaizen ini,kepada guru-guru yang turut serta berkampung di Kem Kaizen ini terutamanya Cik Noraini, En. Zaid, En. Murshid dan lain-lain. Diucapkan sekalung penghargaan juga kepada GPK HEM dan GPK Ko-Kurikulum yang turut sama memantau program Kem Kepimpinan dan Motivasi ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar, Pn Siti Maizom Bt. Khamis yang sudi datang merasmikan majlis penutupan Kem Motivasi Tahun 6, Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Kelas pada kali ini. Pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh murid seperi permainan tutup mata, ulat beluncas, sungai asid, kembara hutan, nite walk, sarang labah-labah dan lain. Akhir kata, semoga kem yang diadakan kali ini memberikan seribu makna kepada murid-murid agar menjadi murid yang berilmu, berdisiplin dan bertakwa. Amin....untuk melihat gambar-gambar aktiviti boleh layari Klik di sini. Sebahagian tatapan gambar di Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian.






.

No comments:

Post a Comment